



Ia akan bersiaran mulai 19 November 2009, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam, di TV3.
Segalanya bermula setelah Natasya terlibat dengan kemalangan jalan raya lalu terbaring koma dan dalam keadaan tidak berdaya itu, dia telah dihantui perkara-perkara misteri dan aneh.
Natasya, digambarkan sebagai seorang yang hidup serba moden dan urban bersama suami dan tidak mempercayai benda–benda yang tahyul, bakal membawa penonton setia TV3 menyelami misteri kehidupannya.
Drama 13 episod ini dibintangi oleh Rabecca Nur Islam (Natasya), Eizlan Yusuf (Kamal), Puteri Mardiana (Baizura), Aida Aris (Dr Maria), Norliana Samsudin (Tina) dan Danny X Factor (Halim).