FOLLOWERS

Guestbook

Februari 05, 2009

kaki novel: Mulanya satu cinta....

'rindu itu subjektif...sayang itu universal...TAPI cinta itu hakiki..tidak boleh dijual beli...' kepada pencinta novel.....jgn lepaskan peluang bli novel ni...memang bes gilerrr....saya bg 4 daripada 5 bintangggg!!!....tak rugi beli...huhuhu... Tajuk: Mulanya Satu Cinta Penulis: Rose Harissa Halaman: 496 Harga: RM18.00 EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih ber­gelar pe­lajar. Malangnya, ketika anak me­reka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang. Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya. Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu. Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie. Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli. Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima ke­putusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati? credit to:alaf21

1 ulasan:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

novel paling besh yg leez penah baca is 'jgn ade benci' by zuraidah othman. mase tu time skolah menengah. siap verangan2 lg, ok! pastu, baca bnyk2 kali lak tuh! isk3..