FOLLOWERS

Guestbook

Jun 03, 2009

Serbuk SEWEL kurus badan

saya betul2 tak PUAS HATI dgn mende nehh!!!....ampess btoll laaa....kalo nak kuarkan kat UMUM...tak payahh laa nak TUTUP2....produk APA..dari MANA!!!!...bongoksss betul laaaa....apa salah nyer bgtau jek PRODUK APA.....
huhhhh......!!....baik takyah ceta laaaaaaaaaaa!!...diam2 sudah laaa....KENE SAMAN KE KALO BGTAU PRODUK APA Aaaaaaaaaaaaa???....ni bukan nak SELAMATTkan penggunaaa......huhhh.....benganggg....bukan sekali dua jek berita2 cam neh...rasa nyer dah bykk dah produk beracun.....semua TUTUPP jenama.....AKAii ada kaaa??
KUALA LUMPUR: Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan mengesan satu produk menguruskan badan yang boleh mendedahkan pengguna wanita kepada risiko gila berikutan penemuan bahan kimia berbahaya sibutramine atau digelar ‘serbuk sewel’.Produk terbabit yang didakwa mampu membersihkan tubuh daripada toksik selain membakar lemak dikesan sengaja dicampur bahan kimia terlarang itu bagi memastikan pelanggan memperoleh perubahan pantas. Dijual dengan harga lebih RM60 sekotak, ia berselindung di sebalik kandungan protein soya, beras dan ekstrak teh hijau untuk memperdaya pengguna yang membeli produk terbabit.Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan berkata, resipi sulit dalam produk melangsingkan tubuh itu dikesan selepas pihaknya menjalankan siasatan kandungannya, baru-baru ini.
Menurutnya, hasil ujian makmal di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, produk berkenaan mengandungi kimia berbahaya sibutramine tanpa pengetahuan pengguna.
“Hasil ujian makmal itu, kami melakukan serbuan serentak jam 11.30 pagi semalam di pusat penjualan dan stokis syarikat yang dikesan menjual produk itu di ibu kota, Pahang, Selangor dan Terengganu sejak beberapa bulan lalu.“Di ibu pejabat syarikat itu di sini lebih 1,700 kotak produk terbabit dirampas.“Hasil serbuan sama, lebih 50 pegawai penguat kuasa farmasi terbabit dengan serbuan itu merampas 53 kotak di Pahang dan 43 kotak di Selangor.“Semua produk yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM150,000. Sepanjang operasi terbabit, kami tidak mendapat sebarang tentangan,” katanya.Berdasarkan siasatan, pihak pengedar produk terbabit mengelirukan pengguna apabila memberitahu kononnya kandungan serbuk menguruskan badan itu diperbuat daripada susu soya, beras, herba dan ekstrak teh hijau.Beliau berkata, agak aneh apabila produk serbuk mengandungi kimia terlarang itu turut didakwa boleh menyembuhkan pelbagai sakit puan.Jurucakap itu berkata, ubat yang mengandungi sibutramine hanya boleh dibekal doktor atau diperoleh daripada farmasi dengan preskripsi doktor kerana penggunaan tanpa pengawasan doktor tidak selamat.Penggunaan ubat yang mengandungi sibutramine tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan serius seperti tekanan darah dan kesan kardiovaskular lain.Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengingatkan penjualan, pemilikan untuk penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1985.Individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan itu boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

6 ulasan:

HASNAH berkata...

Aaahh la Faizah kan...slalu jer cam tu...lu pikir la sdiri....

zh-ena berkata...

tunjukkan la jd pengguna akan lebih berhati2 lepas nie kan

Neeza.Areef berkata...

ohh btl3...
esok2 kuar la kot produk sbenonye tuh..
mula2 kasi blur2 dulu

FIESYAH berkata...

produk pe lah tu kak? diorg tu nak tunjuk, tunjuk ar abis2 baru org tau..biar tersebar ckit

pearlsweets berkata...

tu ar.. tunjukkan jerk la.. kot2 ada members2 aku yang guna... takkan parah tuh.. leh la alert sikit..

Dee berkata...

entah..baik xyah laporkan kalo x moh tunjuk..lg satu muka penjenayah..nk blur2..kasi tunjuk ar..baru org tau sapa yg jahat tu..org leh berhati2..