FOLLOWERS

Guestbook

Ogos 14, 2009

H1N1: dah 56 kematian?

H1N1: Lima lagi kematian dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar

KUALA LUMPUR: Lima lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) termasuk dua bayi berusia dua bulan, dilaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, menajadikan keseluruhan 56 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes lain membabitkan seorang wanita berumur 49 tahun yang obes serta mengalami diabetes dan tuberkulosis. Katanya, dua lagi kes kematian pula membabitkan seorang lelaki berumur 57 tahun yang mengalami diabetes dan seorang lelaki berusia 19 tahun "Jumlah kematian telah membabitkan bilangan yang tinggi iaitu 56 kes. Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor penyumbang kematian seperti risiko kesihatan sebanyak 70 peratus. "Sebanyak 40 peratus pula didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal manakala 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya dalam kenyataan media hari ini. Dr Mohd Ismail berkata, terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di ICU. Katanya, daripada 27 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4), kanak-kanak (2), hamil (1) dan selepas bersalin (1).
ape kene mengena H1N1 dengan buah ekk??.....ADAA KENA daaa....wokeyyy....sesapa yang ada rasa simptom2 H1N1 ni.....cepat2 laa makan buah sebanyak mana pungggg......buah KIWI lg bagus...byk kandungan Vit. C.....Insyallah ia dapat melawan penyakit tu......jgn harap laa kalo dapat simptom2 yg sket tu leh dapat rawatan kat klinik2/hospt. kerajaan untk cek darah ke hape ker...kompom kene halauuu balikkk...dorang TAK TERIMA okayyy.....dorang cuma TERIMA yng memang dah kritikal H1N1 ni jek.....huhhhhh!!...sakit jiwaa dgr cam tu tauuu.....tak sampai bilaaa laa dorang punya attitude ni nak berubahh ekks?......dah laa kene tunggu berjam2 nak dapatkan rawatan...g pagiii.....petang kang baru dapatt...baik p klinik swasta jer....
"Ya Allah Lindungi Hamba2 Mu ini dari Gejala Penyakit ini (H1N1)" AMIN ......asyik ngan SATU malaysia je kan....'Come on.... nak tunggu M'sia jadi no. 1 dalam H1N1 ke?...plssss...lakukan sesuatuu utk kami semua.....

Tiada ulasan: