FOLLOWERS

Guestbook

Oktober 26, 2007

biarr beTuLLL??

Mek kurus untuk cantik, sihat Mek mula dikenali ramai menerusi sitkom Salam Pantai Timur yang disiarkan setiap Jumaat, jam 10.30 malam di RTM1. Wataknya sebagai Mek yang bertutur loghat Kelantan begitu diminati penonton. Ternyata Mek menjual bakat dan dia tidak bergantung kepada bentuk tubuh yang langsing untuk menjadi anak seni. Namun, sejak awal tahun ini tiba-tiba Mek sedar dia perlu melakukan sesuatu bagi mengurangkan berat badan bukan saja untuk tujuan kecantikan malah demi menjaga kesihatan. “Saya mahu bertambah yakin apabila berdepan dengan masyarakat. Sudah acap kali orang menegur tubuh saya berisi. Peliknya saya tidak terfikir langsung untuk menguruskan badan. Hanya pada awal tahun ini, tiba-tiba timbul semangat yang berkobar-kobar untuk saya menurunkan berat badan. “Apabila saya sendiri yang mahu kurus, semangat itu terasa lain macam. Selama enam bulan saya nekad tidak menjamah walau sebutir nasi. Saya juga tidak menyentuh makanan berminyak dan tidak makan daging. Sebagai ganti saya banyak minum air mineral, makan buah-buahan dan sup. “Saya juga bersenam dua jam sehari dan berlatih aerobik. Saya makan sejenis ubat herba buatan ibu (Tuan Yam Syed Nur, 46). Hasilnya, selepas enam bulan, berat saya turun 40 kilogram dan kini berat saya 63 kilogram. Saya perlu turunkan 10 kilogram lagi untuk dapatkan berat badan ideal,” katanya. Tambah Mek, masuk bulan kelima barulah dia makan tom yam sekali sehari. Menurut Mek, dengan semangat itu, dia yakin dapat mengurangkan berat badan dan jika dia tidak melakukannya di kala usia masih muda, dia khuatir tidak akan dapat menguruskan badannya sampai bila-bila. Bagaimanapun kata Mek, percubaan awalnya untuk mengurangkan berat badan bukanlah perkara mudah tambahan Mek suka makan terutama ayam goreng dan burger. “Sebelum ini tidak lengkap menu harian tanpa ayam goreng dan burger tetapi demi mencapai impian di hati saya tutup terus selera untuk menjamah dua hidangan kegemaran saya itu

Tiada ulasan: