FOLLOWERS

Guestbook

Ogos 19, 2010

Novel: Ombak Rindu

ceta pasal novel plak.... boriing plak dok ceta pasal makan3...pastu diet3... hahaha... jom layan novel neh... saya bagik 4 bintang tuk ceta ni.... novel ni pun telah di FILEM kan.... lakonan Maya karin....lisa surihani dan Aaron Aziz... tak sabar nak tengokkk.... saya dok melayan novel sekali lagi dlm masa 1 hari jek... ahahaha... laju betuii den baco.... sampai skang masih teringat2 di kotak fikiran ku....wahhhh!!... dan saya sedang mencari sambungan dari novel ni... ada sesapa tau tak tajuk apa pleaseee.... thankss Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya? *kredit to karangkraf...

10 ulasan:

LiAnA berkata...

novel ni best.. ku baca byk kali sampai lunyai dah haha..

2 novel sambungan.. Cinta tiada akhirnya & rindu cintaku...

Faizah_Haris berkata...

yuppp.... thankss... 2 novel sambungan belum baca lagi...hehehe mesti cari ni

ArELeEz berkata...

novel nie penah dijadikkan novel b'siri dlm majalah remaja kan?

Faizah_Haris berkata...

yeke?? hmmmm tak penah bli majalah remaja ahh hehehe

noradzlina.kamdani berkata...

cite ni dolu sy folo dr mingguan wanita bout few years back...lepas tuh bile ada duit baru le beli novelnye...tp ntah le kt ne dh novel tu...sbb kdg2 sepupu2 dtg umah ibu kt jb n men amik jek novel2 yg pernah jd koleksi kite...

noradzlina.kamdani berkata...

jgn2 maya karin yg jadi si artis gedik tu...n lisa surihani bawa watak izzah yg sangat naif...hmmm bile filem tu nk kua? dato' sufiah dlm watak novel nih sgt autokratik....agk2nye sape ek yg jd dato' sufiah nnt dlm filem nih ek...

cutearuza berkata...

nak bace novel nie,,,tp tak kesampaian,,,tgk mcm best je,,,hu3

LuvChronicles berkata...

ombak rindu memang sangat best. silalah jenguk ke luvchronicles-takdircinta.blogspot.com yang memuatkan karya saya sendiri..

qiela berkata...

cam ne nk lnggn novel nie erkk???ngok sje sinopsis ku sdh jatuh cinte sme novel nie,,,,smbngn dri novel nie sy da de,,,just novel first jerk xde???

Tanpa Nama berkata...

boleh x say dapatkn tajuk utk setiap buku selepas ombak rindu,,,kn novel nya bersambung