FOLLOWERS

Guestbook

November 14, 2007

Kanser Mulut...(proomootttt ...promottt!!)

Datanglah beramai2....ke Minggu Kesedaran Kanser Mulut (11-17 November 2007) Pusat Penyelidikan & Penyelarasan Kanser Mulut, Universiti Malaya (UM-PPPKM), Fakulti Pergigan, Universiti Malaya mewakili dirinya sendiri dan rakan-rakan kolaborasinya iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Cancer Research Initiatives Foundation (CARIF), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mengumumkan kempen Minggu Kesedaran Kanser Mulut pada 11 sehingga 17 November 2007. Minggu ini dipilih sejajar dengan aktiviti yang dijalankan pada tahun lepas. Minggu ini juga merupakan Minggu Kesedaran Kanser Mulut bagi negara United Kingdom untuk tahun ini... Kanser Mulut... adalah satu keadaan di mana sel-sel dari tisu bhg yg terlibat mungkin mengalami kelainan seperti kebengkakan, ulser dan perubahan warna....penyakit ini berkait rapat dengan amalam dan tabiat tertentu. Individu berumur 45 thn ke atas berisiko tinggi mengalami kanser mulut... Kanser mulut sering berlaku dibahagian tertentu dalam mulut seperti...
  • Lidah
  • Pipi
  • Bawah lidah
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir
Pengesahan dan rawatan awal... Perhatikan tanda-tanda berikut semasa memeriksa mulut sendiri:
  • pertukaran warna pada tisu mulut - timpok putih/merah
  • ulser mulur berciti berikut: tidak sakit/tidak sembuh/mudah berdarah
  • benjolan atau tumbuhan
  • perubahan deria rasa - kebas/pedih

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas berjumpalah doktor gigi dengan segera untuk memastikan ia bukan kanser mulut....

dan saya pakai riben biruu ni...

1 ulasan:

Muhamad Taufik Saedin berkata...

Rawatan Alternatif Utk Kanser:
www.muhamadtaufik.biz/susulebah